Ahlan Wa Sahlan | Welcome | Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini masih dalam pembinaan. Sebarang cadangan dan komen untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan. Terima kasih.

Thursday, December 01, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DARUL NAIM 2011

Tarikh Program : 15 – 16 Oktober 2011 
Bil Guru           : 7 Orang Guru
Bil Pelajar        : 23 Orang


 

Secara keseluruhannya program Lawatan Sambil Belajar ke Kelantan ini telah dapat mencapai matlamat yang telah digariskan. Alahamdulillah secara tidak langsung ukhuwwah diantara guru dan pelajar dapat dieratkan. Selain itu, para pelajar dapat menenangkan fikiran dan mengenali budaya masyarakat di negeri Pantai Timur itu berbanding di Perak yang agak berbeza. Seterusnya para pelajar lebih bersemangat dengan idea dan inisiatif baru dalam merancang untuk melakukan pembaharuan dan pemulihan di SMKASAS setelah melihat sendiri pentadbiran di SMKA Tok Bachok dan membuat perbandingan . Akhir sekali, para pelajar dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru sepanjang program lawatan ini dijalankan di Kelantan yang juga dikenali sebagai ‘Serambi Mekah’ ini . Diharapkan lawatan kali ini menjadi penanda aras kepada para pelajar agar dapat melonjakkan kecermerlangan SMKASAS di peringkat kurikulum mahu pun kokurikulum.