Ahlan Wa Sahlan | Welcome | Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini masih dalam pembinaan. Sebarang cadangan dan komen untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan. Terima kasih.

Thursday, February 23, 2012

Di Sebalik Pembikinan Konsert Mini Untukmu Rasulullah II - Pentomen

Persembahan pentomen 'Laukana bainana' oleh team PROTAZ 2012 telah diarahkan oleh Ustazah Norhanan Abdul Rahman. Skrip disediakan oleh Ustaz Mohd Zulkifli dan telah dipentaskan dengan jayanya oleh peserta Imam Muda dan Ustazah Pilihan yang sememangnya punya bakat yang besar dalam berdakwah.



Narrator - watak Ibu

'Ibu' kepada pelakon utama, Hamzah.

Juruteknik audio.
Pengarah - Cik Norhanan bersama para pelakon, peserta PROTAZ 2012


Usaha dan kesungguhan untuk mencipta kelainan dalam persembahan.

Latihan pemantapan lakonan.

Gabungan yang mantap dan serasi.
Lakonan yang sangat berkesan dari aspek penjiwaan watak, intonasi suara, pencahayaan, pemilihan lagu serta props yang sempurna telah memberi impak terhadap emosi penonton yang turut terbuai perasaan sehingga menitiskan airmata. Tahniah diucapkan atas kesungguhan serta usaha anda semua untuk menjayakan KMUR2 pada kali ini.


Wednesday, February 22, 2012

Di Sebalik Pembikinan Konsert Untukmu Rasulullah II

Kebitaraan Kesenian Islam SKK SMKASAS telah menganjurkan sebuah program sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat sekolah. Program tersebut merupakan lanjutan dari siri pertama tahun sebelumnya iaitu Konsert Mini Untukmu Rasulullah 2 yang telah dipentaskan pada 17 Februari 2012, jam 9.00 malam di Dewan Besar SMKASAS.

Konsert kali ini diserikan dengan kehadiran delegasi SMA Muhammadiyah 1, Yogyakarta yang datang berkunjung balas sempena program pertukaran budaya (pengantarabangsaan) sekolah kluster kecemerlangan. Antara tetamu VIP yang hadir memeriahkan majlis adalah YDP PIBG-Tn Hj Nuruddin Ramli, NYDP PIBG-Tn Hj Mior Shahrin dan Pn Hjh Bainah Ab Dollah-Pengetua SMK Dato Bendahara C.M. Yusuf.

Berikut merupakan mereka yang bertanggungjawab mencari bahan, membuat olahan, wording persembahan slot berbentuk multimedia yang diketuai oleh Ustaz Hidzir Mohamed Isa.

Pengarah Konsert Untukmu Rasulullah 2 - Ustaz Mohd Zulkifli, yang turut tampil membuat penampilan istimewa.

Team Multimedia - Pn Zuraini, Pn Cik Tom dan Pn Adilah.

Tekun dan komited melaksanakan amanah di Studio SofwatunNur

Ketua pasukan yang kuat memberi sokongan dan semangat.




Alhamdulillah, segala perancangan yang disusun telah dijalankan dengan baik. Sebarang kekurangan, harap dimaafkan. 

Bakal menyusul...rakaman persiapan set pentas Konsert Mini Untukmu Rasulullah 2.