Ahlan Wa Sahlan | Welcome | Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini masih dalam pembinaan. Sebarang cadangan dan komen untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan. Terima kasih.

Thursday, May 24, 2012

Sambutan Hari Guru 2012







Kami Sayang Cikgu!
Sambutan Hari Guru Peringkat SMKASAS 2012 telah berlangsung pada 16 Mei yang lepas dengan penuh meriah dan istimewa. Program ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh Badan Pengawas SMKASAS dan Kelab Kebajikan Kakitangan (3K).

Sambutan dimulakan dengan majlis bacaan Yasin di dataran perhimpunan dan disambung dengan acara sukaneka yang melibatkan beberapa acara pertandingan.

Acara Guru Perempuan :
1. Kupas Buah Epal
2. Isi Air Dalam Botol
3. Boling Buah Kelapa

Acara Guru Lelaki :
1. Gusti Lengan
2. Boling Buah Kelapa

Acara terbuka pula adalah Pertandingan Mewarna anjuran Kelab Seni Kreatif.

- gambar2 akan di upload sedikit masa lagi -




Walaupun beberapa acara tergendala sebentar kerana faktor cuaca (hujan sebelah pagi), namun program tetap dijalankan dengan baik dan meriah. Lebih-lebih lagi penganjur menetapkan tema ~Arab & Padang Pasir~ pada tahun ini.

Selesai acara sukaneka, majlis diteruskan dengan persembahan slaid yang begitu menarik dan kreatif. Tahniah buat semua pelajar dan Ketua Pelajar yang telah berusaha menjayakan sambutan yang begitu bermakna buat guru-guru anda.

(Admin secara peribadi begitu bangga kerana peluang dan ruang yang disediakan oleh Kelab 3K pada sesi 2011-2012 telah menjadi medan latihan yang sangat berkesan untuk para pelajar mengurus program sambutan hari guru dengan baik sekali. TAHNIAH!)