Ahlan Wa Sahlan | Welcome | Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini masih dalam pembinaan. Sebarang cadangan dan komen untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan. Terima kasih.

Friday, June 29, 2012

Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-22

Semalam telah berlangsung Hari Sukan Tahunan SMKASAS pada jam 2.30 petang yang telah dirasmikan oleh Tn PPD, En. Zalkornain bin Jaafar. Program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti gerai jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, persembahan kompang formasi, persembahan seni mempertahankan diri dan acara sukan pegawai.

Rumah Sukan Terbaik telah dinobatkan kepada Rumah Biru. Diikuti tempat kedua oleh rumah Merah, Kuning dan Hijau.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan pelajar.

Rumah Merah dan Angry Bird - Maskot Paling Menarik.



Rumah Kuning - Perbarisan Terbaik.


Rumah Biru - Juara Keseluruhan


Rumah Hijau dan Jeneral Adudu


Acara Pegawai - Terompah Gergasi


Juruacara 2012


Aksi menarik seni mempertahankan diri oleh Ketua Umum - Auzaie Fadzlan Shahidi


Antara aksi menarik peserta balapan.



Photos by : Mohd Faizal bin Uyub














Saturday, June 23, 2012

KRS SMKASAS Johan Kawad Kaki Daerah 2012



Platun KRS SMKASAS Lelaki dan Perempuan telah dinobat sebagai Johan Kawad Kaki Daerah Perak Tengah pada tahun ini. Selain itu, kedua-dua komander platun (L&P) juga terpilih sebagai Ketua Platun Terbaik.

Tahniah dan syabas!

Tahniah juga buat guru penasihat yang sangat caring, Encik Mohd Faizal bin Uyub yang sentiasa bersama anak-anak buah tika susah dan senang. Tidak lupa juga kepada yang banyak meyokong terutamanya PK Kokurikulum, Tn Hj Fadzlan Shahidi bin Ghazali dan Tuan Pengetua, Puan Naemah Ramli.


Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak



 SofwatunNur seperti dijangka telah meraih Johan dalam MKI peringkat Daerah Perak Tengah 2012. Pertandingan MKI peringkat Negeri Perak telah diadakan di MRSM Trolak pada 19 Mei 2012 lepas.

Alhamdulillah, tuah berpihak kepada team SofwatunNur yang telah dinobat sebagai JOHAN Mahrajan Kesenian Islam Negeri Perak dan akan bertanding ke peringkat Kebangsaan pada 25-28 Jun depan.

Wednesday, June 20, 2012

Hari Koperasi Sekolah

Pelancaran Hari Koperasi Sekolah disempurnakan oleh PK Pentadbiran SMKASAS, Puan Noor Hasnah binti Alang.

Nyanyian lagu Semangat Koperasi oleh pelajar.

Acara Menanam Pokok sebagai 'simbolik' pelancaran Hari Koperasi.

Pelajar SMASZA juga turut menyempurnakan simbolik pelancaran. Menanam pokok sebagai tanda kenangan berada di SMKASAS.

Hadiah saguhati berupa pen bercetak nama sekolah kepada semua pelajar.

Bergambar kenangan sempena kehadiran pelajar SMASZA di SMKASAS sempena program pertukaran pelajar Tingkatan 6.

Semoga pokok ini hidup dengan subur...

Saguhati dari koperasi SMKASAS buat semua pelajar yang sentiasa menyokong.

Hari Koperasi Sekolah telah dilancarkan dengan jayanya pada 20 Jun 2012 di dataran perhimpunan SMKASAS. Tema pada tahun ini adalah ' Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat'. Pelbagai aktiviti telah diatur sempena program tersebut.

Semoga Koperasi SMKASAS akan terus maju dan memberi manfaat berpanjangan kepada semua warga sekolah. Tahniah dan syabas!

Pertandingan Paluan Kompang & Formasi Peringkat Negeri Perak

SMKASAS telah menghantar pasukan kompang formasi mewakili Daerah Perak Tengah ke peringkat Negeri pada 16 Jun 2012 bertempat di SMK Methodist Ayer Tawar.

Ini merupakan kali pertama pasukan SMKASAS menyertai pertandingan tersebut dan ia semestinya satu pengalaman baru yang menarik serta mengujakan. Walaupun tidak berjaya mendapat tiga pasukan terbaik, penyertaan kali ini merupakan peluang dan ruang yang sangat tepat pada masanya untuk pelajar belajar sesuatu yang baru.

Semoga pasukan SMKASAS akan lebih berjaya pada masa akan datang.