Ahlan Wa Sahlan | Welcome | Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini masih dalam pembinaan. Sebarang cadangan dan komen untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan. Terima kasih.

Sejarah SMKASAS


SMKA Sultan Azlan Shah atau dahulunya SMKA  Perak (SMKAP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1984 yang juga merupakan SMKA yang pertama di negeri Perak ini. Pengambilan pelajar perintisnya dibuat pada 16 Januari 1984, iaitu seramai 106 orang pelajar ditempatkan di Tingkatan Satu. Pada ketika itu, sekolah ini hanya menumpang di bangunan Sekolah Menengah  Gunung Rapat, Ipoh. Pada 18 Disember 1987, sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru di Seri Iskandar, Bota, Perak. Sekolah ini telah dirasmikan pada 16 Jun 1988 oleh   DYMM Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dan ditukar kepada SMKA Sultan Azlan Shah bersempena  dengan nama baginda.