Pada 11-14 Disember 2011 yang lalu, SMKASAS telah menghantar wakil menyertai Pameran Pendidikan di SMA Muhammadiyah 1 Yogyakarta, Indonesia. Mereka terdiri dari 3 orang guru iaitu Pn Hjh Bainah Ab Dollah (PK Pentadbiran), Pn Haza Liza Mohd Puad (GK Bahasa) dan Pn Marsirah Mustapah (SU Kebitaran Kesenian Islam SKK) bersama 2 wakil pelajar - Nur Shahira Habil dan Nor Shafiqah Musa.
![]() |
Di lobi menunggu balai berlepas LCCT Sepang |
Di sana, mereka telah disambut dengan begitu meriah dan mesra oleh semua warga pendidik dan pelajar. Pelbagai aktiviti juga telah diatur seperti perarakan tahunan sekolah, lawatan ke Gunung Merapi serta program suaikenal adat dan budaya tempatan.